Followers

Friday, January 13, 2017

Review : Reclaim Your Heart & Semusim Di Barzakh



Assalamualaikum,


Hari ni nak review buku, I rarely finish a book sebab selalu nya bosan untuk sambung baca sampai habis. Tapi 2 buku ni memang worth of reading, memang terbaik tulisan nya. 


First buku yang aku jatuh cinta is by Yasmin Mogahed "Reclaim Your Heart" , buku ni ajar kau macam mana nak stand still towards any challenges dalam hidup, yang paling best ada selit ayat-ayat dari Al-Quran. Memang best. Tengok harga mula-mula memang akan ragu-ragu nak beli, tapi dah beli dan baca memang tak rugi. Sangat berbaloi untuk laburkan. 


Aku memang suka buka motivational ni, lagi-lagi yang jenis islamik.. sangat membantu untuk aku yang nak berubah sikit-sikit ni. InsyaAllah




Second, buku yang aku nak recommend kat korang is from Hadi Fayyadh "Semusim Di Barzakh" , worth my time spending nak habiskan baca buku ni, kisah seorang lelaki yang bernama Fayyadh yang sangat sosial & hidupnya jauh dari Allah dapat mimpi tentang alam barzakh. Memang seriau baca, tapi ni hanya gambaran sahaja. Realiti alam barzakh tak siapa yang tahu kecuali Allah swt. 





aku share sikit petikan dari buku ni yang memang terkesan di hati, moga dapat manfaatkan

"nampaknya kau perlu bersihkan hati" 
"tuhan telah berfirman sekian lama. Rasullullah telah memutarkan pesanan berulang-ulang. Hidup ini adalah perjuangan . Mujahadah Nafsu dan Ammarah. Harta, kekayaan dan kemewahan tipu daya dunia"

"bagaimanakah merasa bangga akan dunia yang sementara, bagaimana bila saatnya semua hilang dan pergi, meninggalkan dirimu"

"dia tertekan, hidupnya terasa musnah saat dia menerima ujian Allah ini, dia tidak mampu untuk redha, dia merasa Allah tidak membalas kebaikan dan kezuhudan yang dilakukannya"

"ikhlas adalah tunjang yang paling besar dalam kehidupan beribadah. Andai kita melakukannya hanya kerana ingin diberi balasan baik-baik sahaja tanpa kita sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang Allah telah sediakan dan kita tidak mahu belajat redha, kita sebenarnya tergolong di dalam golongan yang tidak bersyukur"

"yang menciptakan kematian dan kehidupan itu adalah semata-mata untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalnya dan dia Maha Bijaksana Lagi Maha Pengampun" - surah Al Mulk :2




"Susah kamu ujian, senang kamu adalah ujian. Cantiknya dirimu adalah ujian. Buruknya rupamu adalah juga ujian. Kayanya kamu adalah ujian. Miskinmya kamu juga adalah ujian"



credit to writer : Hadi Fayyadh 








1 comment:

  1. tq sis sudi share. baca tajuk buku pon penuh dengan keinsafan

    ReplyDelete

Komen apa tu ? hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...