Followers

Friday, July 15, 2016

Dia ke ?


Assalamualaikum, Hi Readers !



Happy Friday ! Well, hari ni nak blog pasal jodoh. Boleh ? Agak-agak sape je yang pasti someone tu jodoh kita, tak tahu kan? Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui segalanya. Ada orang, dah bertunang tapi masih tak jadi sampai ke pernikahan, ada orang bercinta bertahun pun tup tup berkahwin dengan orang lain, ada orang berjodoh sampai bernikah pun jodoh tak panjang. Susah nak cakap kan ? 

Ya, jodoh tu sangat rahsia. 

Mesti ada orang yang dah rasa someone tu jodoh dia, tapi sebenarnya bukan.. ada rasa tak best kan lepas tu ? Tapi percaya tak, selepas apa semua yang kita lalui tu, at the end of the day, akan ada satu saat tu,  I believe we will be thankful so much to Allah swt. Indeed, kita akan rasa YA Allah terima kasih untuk semua perjalanan ini. 

Sometimes, at time.

Soal jodoh ni memang bagi impact yang besar dalam hidup seseorang.. yes, itu lumrah semua manusia. Akan ada masa kau down gila kenapa la bukan dia, kenapa itu kenapa ini, kau akan mempersoalkan semuanya. Sampai ada masa kau lupa, hidup ni bukan KITA, tapi Dia. Dia yang tahu segalaNya. Tapi, percaya! percayalahhh.. Allah tarik orang-orang ni semua atas sebab dia nak bagi yang lebih baik. Pengalaman aku sendiri, perasaan bersyukur tu akan hadir bila mana kau redha & kau lepaskan semua, serahkan pada Dia.

Jodoh yang baik.

Bila, dengan dia buat kau makin dekat dengan Dia. Faham tak perasaan merintih merayu untuk Allah heal kan semua rasa tu sangat 'priceless'. Kalau kau rasa, kau faham.

Ada masa. Ada saat.

Kau rasa, takut nak hadapi dengan masa hadapan. Ya, aku pernah lalui dulu. Cinta nyet nyet je pun, tapi bagi impact la.. sebab he is the first one kot orang yang aku penah kenal. HAHA. tapi, well worth for everything. Allah tarik dia. Aku belajar banyak benda. Aku bersyukur banyak benda. Tapi tu lah, nak kata yang apa yang kita lalui sedikit sebanyak memang bagi kesan dalam hidup, tapi percaya je tak ada apa yang perlu kau terlalu down sampai bertahun hanya sebab putus cinta. Tak berbaloi ok.

Percaya tak. Sedar tak.

Hidup ni sangat indah, percaturan Allah swt tu tersangat cantik. Yang memang tak tercapai dek akal kita,ilmu kita yang sikit  dan terhad pada masa itu kenapa ia terjadi.

Yang penting dear readers, jangan lupa learn something k? 






Okaylah, sambung next entry. Chaw chin chaw

No comments:

Post a Comment

Komen apa tu ? hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...