Followers

Friday, July 15, 2016

Umrah journey - part 1

Assalamualaikum dear readers !


Entry kali ni nak share fasa pertama untuk buat umrah, which is from Jeddah airport terus ke Madinah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Tapi, ini pakej yang ana ambil ye.. bukan semua pakej sama, ada juga yang dari Malaysia terus ke Mekah atau pergi jalan-jalan dulu ke Turki ke Istanbul ke.. depends. 



Mawaddah Hotel ni penempatan kami semasa berada di Madinah, which is diuruskan oleh Andalusia Travel & Tour la ya, bukan kita pilih.. berbalik pada pakej. Jaraknya tak jauh dengan Masjid Nabawi, tersangat dekat. Perasaan pertama kali bila sampai Madinah masih tak percaya ! Diberi peluang untuk menjejakkan kaki dalam lingkungan umur yang masih muda dan sihat, Alhamdulillah, rezeki.



Keesokkan harinya kami di bawa ke Masjid Quba, masjid pertama yang dibina berdasarkan iman dan takwa. 


Sesi bergambo beramai-ramai dengan geng umrah satu bas, tiga orang tu family ana yang lagi dua orang jiran. hehehe




Selepas ke Masjid Quba, kami di bawa ke kilang masjid. Untuk pengetahuan semua, perempuan tidak dibenarkan masuk ke dalam kilang, hanya kaum lelaki sahaja. Gambar kat atas ni adalah kaunter urusan pembelian Al-Quran. Tapi, Al-Quran pun di hadkan pembeliannya. Seorang hanya dibenarkan untuk membeli sebuah Al-Quran yang berharga 16 riyal. 



Selfie kepenatan setelah selesai tawaf mall cari kedai makan tak jumpa hehe


Pintu masuk ke Raudhah, untuk ke Raudhah ada waktu tertentu sahaja.. which is waktu pagi dalam lingkungan jam 8 camtu dan lepas waktu solat isyak, waktu isyak kat sana dalam pukul 7.30pm lebih kurang, tak accurate la ya.. 


sangat sangat seronok dan tenang berada di Masjid Nabawi.. ketenangan yang sukar di gambarkan.



Keindahan Masjid Nabawi, cantik kan ? Yang ni belah dalam Masjid Nabawi.


Mula mula ingat ni air zam zam rupanya bukan, ni drinking water sahaja yee. Air zam zam ada dalam Masjid Nabawi.


Bukit Magnet, lalu kawasan ni tutup enjin dengan tarikan magnet je tau bawak memang laju.. cuak jugak lah haha tapi itu lah dia kebesaran Allah, kalau nampak kat bukit tu pun ada tulisan Allah :')


Oklah, sampai sini dulu.. nanti kita sambung ya. Chaw chin Chaw

2 comments:

Komen apa tu ? hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...