Followers

Friday, July 15, 2016

The first step preparation for umrah

Assalamualaikum dear readers! 

Finally I am back! After so many years, sebab I rasa tulisan I membosankan, but for now I am back to blog on my experiences for Umrah, my first Umrah. So if you guys also need a lil bit info about that i am sharing on my part ya.. mungkin ada yang tak lengkap but I am trying my best !

First thing first, 

You guys should be inform yang I pergi dengan mahram tumpang which is my uncle so may it a lil bit difference in part of processing. I pergi under Andalusia Travel and Tour, so here i list what is the syarat syarat dan dokumen yang diperlukan untuk pemprosesan visa umrah, what you guys need is :



i) passport antrabangsa - yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong


ii) 4 keping gambar berwarna - berukuran 6cm kali 4cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung ( berwarna hitam atau gelap ) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.


iii) kad suntikan ACYW135 @ surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.



Dokumen yang diperlukan jika pergi mahram bersama bapa saudara (sebelah bapa)

i) Letter of consent dari bapa kandung/ adik beradik kandung ( COP PESURUHJAYA SUMPAH ''MUSLIM'' & WISMA PUTRA )
ii) Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/ adik beradik kandung ( COP JPN & WISMA PUTRA )
iii) Salinan kad pengenalan bapa kandung/ adik beradik lelaki kandung
iv) Jika bapa kandung tiada/ meninggal dunia, sertakan SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
v) Jika mahram bersama bapa saudara sebelah ibu, ibunya perlu pergi bersama bermahramkan adik beradik 



p/s : letter of consent boleh dapatkan dekat office Andalusia, untuk dapatkan cop pesuruhjaya sumpah kena bawa bapa kandung/ adik beradik kandung sekali yer & jangan lupa untuk pengesahan sijil lahir dengan kad pengenalan perlu juga bawa yang original. Untuk pengesahan ni semua ada dekat UTC, cuma Wisma Putra kena pergi Putrajaya la ye. 

ok, sekian dulu sharing yang pertama.. jumpa lagi di next entry. Chaw chin chaw (^__**)







No comments:

Post a Comment

Komen apa tu ? hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...